Home Top Ad

- "Cara awak makan sudah macam orang kaya"... Satu lagi cerita, satu orang yang bertindak, bersikap, berfikir dan bercakap seperti...

Cara awak makan sudah macam orang kaya

- "Cara awak makan sudah macam orang kaya"...

Satu lagi cerita, satu orang yang bertindak, bersikap,
berfikir dan bercakap seperti orang kaya.

Kawan-kawan dia kata,

- "Poyo betul kau ni"...

Biarlah apa orang nak cakap, apa yang penting kita tahu
apa yang kita lakukan, iaitu segala perbuatan ialah doa!

Apabila kita sering berfikir, bercakap, berjalan dan
bertindak seperti orang kaya, lama-kelamaan kekayaan
itu akan menjadi sebuah realiti.

Mengapa perkara itu berlaku? Mengikut kajian gelombang diri,
orang yang berjaya dan orang miskin sangat berbeza.

Peluang, ruang, dan kekayaan selalu datang kepada orang yang
mempunyai gelombang yang positif dan baik.

Apabila anda bertindak seolah-olah seperti orang yang kaya,
anda sebenarnya sedang mengubah gelombang diri.

Daripada gelombang biasa-biasa, kepada gelombang yang selari
dengan gelombang orang-orang yang kaya dan berjaya.

Lama-kelamaan perbuatan itu akan sebati dengan diri sendiri,
dan segala sikap itu akan kekal dengan diri kita.

Dan segala itu merupakan doa. Doa yang berterusan pasti dan
pasti akan dimakbulkan asalkan niat itu sangat baik.

0 comentários: