Home Top Ad

Hari ini adalah waktunya Aura Money Healing sempena fasa Moon on Libra Sejak sesi AMH sempena Supermoon 14 Nov lalu, saya menerima begitu...

Moon on Libra

Hari ini adalah waktunya
Aura Money Healing sempena fasa Moon on Libra

Sejak sesi AMH sempena Supermoon 14 Nov lalu, saya menerima begitu banyak mesej menyatakan kabar gembira mendapat kelancaran rezeki dari sahabat-sahabat yang menyertai sesi tersebut. Ada macam-macam kisah menarik. Syukur hanya kepada Tuhan.

Malam ini saya akan adakan lagi sesi yang sama sempena fasa energi besar Moon on Libra. Kemuncak energi adalah pada jam 3.15 pm. Namun kita akan melakukan meditasi bersama pada 8 pm.

Sesi ini free. Saya lakukan sebagai dharma buat sesama. 'Collective Conciousness' atau 'Kesedaran Terkumpul' memberikan efek besar kepada kejadian alam.

Daripada semua orang berbondong-bondong memancarkan ' Poverty Collective Conciousness' atau 'Kesedaran Miskin/Sempit/Susah Beramai-ramai' seperti harga minyak naik, mata wang jatuh dan sebagainya... Saya kira lebih baik kita kumpul-kumpul memancarkan vibrasi positif secara bersama dan serentak untuk mencipta 'berkat' di alam semesta ini yang manfaatnya boleh diraih bersama. Sama-sama kita cipta 'Wealth Collective Conciousness' yang memancar di alam semesta ini memberikan kebaikan seluas-luasnya.

Kalau kita melihat di alam energi, apabila kita ramai-ramai berfikir dan merasakan vibrasi kemiskinan dan kesempitan, atau 'Poverty Collective Conciousness', aliran energi kelimpahan dari alam terhenti mengalir ke dalam kelompok masyarakat kita dan kesempitan dan kekurangan serta semua kesan negatifnya yang berantai seperti tindakan-tindakan jenayah, akan mula menyelimuti masyarakat.

Jadi melalui program free Aura Money Healing ini kita berusaha bersama membina sebesar dan seluas mungkin 'Wealth Collective Conciousness' di alam semesta. Semakin ramai yang join 'menyumbang kesedaran kekayaan' akan semakin besar medan energi yang terhasil sehingga bukan saja sangat bermanfaat buat penyumbang energy, bahkan kepada keseluruhan masyarakat. Energi berjangkit sangat cepat seperti virus.

Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Prinsip yang sama diaplikasikan juga di dalam metafizik. 'Collective Conciousness' begitu mempengaruhi persitiwa alam. Kalau anda yang boleh 'melihat' energi pasti memahami konsep ini.

Bersama kita 'mengatur dan mengelola alam' ini melalui 'Collective Conciousness'. Memang tugas kita begitu sebagai khalifah di dunia. Yang tidak faham dan merasa ini tidak masuk akal mereka, sebenarnya akal mereka yang belum masuk. Jadi maafkanlah. Mudahan mereka tetap mendapat manfaat daripada medan tenaga besar yang terhasil.

Silakan join melalui link berikut. Saya sudah upgrade group telegram ini ke Super Group yang boleh muat 5000 orang. Tiada batasan umur dan agama. Asal anda punya hati nurani, dan punya telegram app, maka anda boleh join.

Salam hormat penuh cinta buat semua sahabat yang menyertai Aura Money Healing Program ini. Ianya free, tiada bayaran apapa sebagai 1 dharma dari saya buat sesama makhluk Tuhan. Saya percaya semakin kita memberi semakin kita menerima.

Program ini terbuka untuk sesiapapun tanpa ada batasan agama dan keyakinan, bersempena fenomena " Moon on Libra" yang akan terjadi pada hari ini yang mana kemuncaknya pada jm 3.15 pm waktu Malaysia.

Namun sesi meditasi kita adalah pada jam 8.00 pm waktu Malaysia memandangkan dan kita masih berkesemapatan mengakses energinya.

Kita sama-sama bersyukur kepada Tuhan yang kita yakini masing2 atas anugerah fenomena alam yang luar biasa ini.

Seperti yang anda semua maklum, program ini adalah satu program metafzik sains yang berkaitan dengan dimensi energi yang tidak dapat dilihat dgn mata fizikal.

Fasa Moon on Libra ini akan memberikan efek peningkatan energy di bumi, yang menggandakan seluruh keadaan samada positif atau negatif, baik atau buruk. Ia juga sangat membantu proses materialisasi atau Law of Attraction kerana peningkatan frekuensi energi di bumi membuka batas penghalang antara dimensi ke 3 dan dimensi ke 4 di mana semua 'blue print' ciptaan berada.

Bagi anda yang pernah mengikuti kelas-kelas belajar aura yang saya adakan, atau pernah belajar di mana2, saya pasti anda faham dgn baik.

Bagi anda yang baru mengenal tentang ilmu energi, tidak mengapa. Tahniah kerana tetap ingin berusaha.

Baik... Jadi prosedur utk Aura Money Healing malam ini:

Tepat jam 8 waktu malaysia:

1. Dalam keadaan bersih dan wangi, dan perut kosong.
2. Duduk menghadap utara.
3. Kenang peristiwa yang dulu di mana anda mendapat wang paling banyak. Ingat suasananya, dan ingat perasaan gembira, syukur, bahagia dan bangga yang anda rasakan ketika itu.
4. Lalu berdoa, "Ya Allah/Tuhan, tingkatkanlah rasa syukur, gembira dan rasa bahagia ku 1000x ganda berbanding ketika aku menerima wang .....(sebutkan memori tadi)..... Dengan rahmatMu ya Allah/Tuhan, semakin lancar dan semakin deras wang datang mengalir kepadaku dari semua tangan manusia, dan dari semua sumber kekayaanMu yang ada di langit dan di bumi, dengan cara yang begitu mudah, segera dan harmoni setiap hari. Amin/Amen"
5. Lalu anda baring. Letak tangan di samping badan, buka tapak tangan menghadap ke atas.
6. Fokuskan semua perhatian anda HANYA untuk merasakan semua otot-otot anda rileks dan kendur sepanjang 1 jam tersebut.  Jika anda tertidur itu lebih baik.
7. Bagi anda yang telah belajar ilmu Acupineologi dgn saya, fokus isi medan tenaga Pektoral anda sepanjang 1 jam kerana medan energi ini yang mengawal aliran energi material anda, sambil berbaring dgn sangat santai dan rileks. Kalau dapat tidur lebih baik.

Ingatan:
Pada jam 8 pm tersebut, saya akan menghubungkan medan energi saya dgn anda semua dan melakukan peningkatan frekuensi energi khasnya Aura Money.

Sangat berkemungkinan anda akan merasa sensasi-sensasi energi samada halus atau ekstrim/kasar bergantung kepada medan aura anda masing.

Contohnya rasa sentakan elektrik di kulit, tapak tangan/kaki, perubahan suhu badan, ada rasa bergerak di dalam badan, perubahan emosi, dan lain-lain. SEMUA SENSASI YANG ANDA RASAKAN, BERGANTUNG KEPADA KEADAAN SISTEM ENERGI MASING-MASING. Tetap tenang dan rileks.


Tambahan:

Ambil kertas, tulis jumlah wang yang anda inginkan dalam format begini,

Contoh:

1. Saya perlukan wang rm 10k untuk beli perabot
2. Saya ingin wang rm 100k untuk beli rumah.
3. Dan seterusnya, sebanyak hajat yang anda mahu.

Jangan minta wang yang anda tidak tahu atau tidak plan mau guna untuk apa. Alam tidak terima.

Kemudian kertas itu simpan baik di alam laci, dompet atau di mana saja tempat yg selamat yg tiada orang kacau.

Ingatan:

Jika anda merasa sensasi energi sangat berat, senyumlah... Dan rilekskan badan anda. Semakin berat terasa semakin senyum. Kadang2 apabila blocking energi terlalu tebal, akan berlaku sedikit kegoncangan energi di badan.


Sekian,

Salam cinta dan hormat buat anda semua.

Semoga kekayaan Tuhan menyelimuti anda sampai ke akhir dunia.

Ikhlas,

Master Umar

0 comentários: