Home Top Ad

PENGALAMAN BERMAIN CAHAYA dulu tahun 2010 - 2014 saya memahami bahawa aura rezeki itu merah makanya saya banyak melatih dan memakai aura mer...

PENGALAMAN BERMAIN CAHAYA

PENGALAMAN BERMAIN CAHAYA

dulu tahun 2010 - 2014 saya memahami bahawa aura rezeki itu merah makanya saya banyak melatih dan memakai aura merah.

Gambar di bawah adalah gambar aura saya pada 3 feb 2014. Totally merah :laughing:

Apa yang saya alami?

Aura merah membuat saya agresif dalam kerja dan usaha. Super agresif, pantang melihat peluang. Fokus dan komitmen pada target 110%.

Kelemahan memakai aura merah, menurut pengalaman saya sendiri... iaitu pertama saya cenderung melihat dan mengambil peluang namun agak mengabaikan risiko. Terlalu opportunist.

Kedua, frekuensi aura ini tidak luas pancarannya. Di pihak diri saya ia baik dan selaras, namun di pihak luar, iaitu manusia dan alam sekeliling belum tentu selaras dan harmoni. Jadi lumrah apabila selalu muncul halangan dalam kerja dan usaha.

Aura merah yang pucat membuat seseorang jadi malas dan mudah putus asa. Jika terlalu pekat, jadi tamak haloba, tujuan menghalalkan cara.

Hidup adalah proses. Saya juga berproses. Memahami akan hal ini membuat saya tidak lagi melatih dan menguatkan aura merah. Saya ganti dengan aura lain seperti yang saya post pagi tadi.

Dalam pemerhatian saya, aura merah adalah aura para survivor atau para pejuang. Manakala aura hijau-biru ada aura pada bangsawan, dermawan dan budiman.

Begitulah ceritanya... Dapat sesuatu? Semoga 🤗

... Love no Limit ...

0 comentários: