Home Top Ad

Sengsara itu bukanlah realiti. Ia hanya fantasi dari kegagalan kita memahami kebenaran yang terjadi. Sengsara adalah kebaikan dan kebahagiaa...

Sengsara

Sengsara itu bukanlah realiti.
Ia hanya fantasi dari kegagalan kita memahami kebenaran yang terjadi.

Sengsara adalah kebaikan dan kebahagiaan indah yang hadir bertopengkan keburukan.

Anda pun tahu..... Anak adalah kebahagian tidak terbanding bagi ibu bapa. Dan kebahagiaan itu bertopeng keburukan dan kesengsaraan selama tempoh masa 9 bulan lebih kurang. Tapi kebahagiaan yang dikecapi si ibu dan bapa apabila bayinya lahir membuat tempoh sengsara itu berbaloi dijalani. Bukan kah begitu?

Apapun sengsara yang anda alami sekarang, anda perlu yakin dan harus yakin bahawa tidak lama lagi kebaikan dan kebahagiaan akan muncul dari situ. Tidak lama lagi. Tunggu lah.

Ubat sengsara adalah redha. Tidak redha atas sengsara yang anda sedang lalui sama seperti anda menuang minyak ke api yang sedang marak. Tidak redha itu makin membuat sengsara anda semakin lara. Kerana tidak redha akan mendorong anda bertindak salah tidak selari dengan kehendak alam kerana anda dibutakan oleh emosi.

Habis gelap terbitlah terang. Habis malam terbitlah siang. Itu hal yang pasti. Tiada keraguan. Begitu juga, habis derita terbitlah bahagia. Itu sangat pasti.

KECUALI....... Anda tidak sabar dan tidak redha menjalani sampai akhir tempohnya sehingga anda melakukan kesilapan-kesilapan yang membuat tempoh itu semakin dipanjangkan.

... Love no Limit ...

0 comentários: