Home Top Ad

Sebenarnya kita manusia tercipta dari 2 unsur berbeza yang sangat bertentangan. Jasad fizikal kita dari unsur bumi yang plaing rendah frekue...

Affirmasi 2

Sebenarnya kita manusia tercipta dari 2 unsur berbeza yang sangat bertentangan. Jasad fizikal kita dari unsur bumi yang plaing rendah frekuensinya. Manakala rohani kita pulad dari unsur langit/syurgawi/ilahi yang paling tinggi frekuensinya. Kita harus selalu terhubung dengan hakikat kita, atau asal muasal kita agar kita selalu seimbang, sihat, gembira dan berbahagia.

Penyakit dan kesengsaraan adalah kesan daripada putusnya hubung kita daripada kedua unsur diri kita dan akhirnya zahir dan batin kita kekeringan energi. Bumi adalah unsur yang menerima dan meneutralkan semua unsur negative, membekalkan kelimpahan dan kemakmuran kepada kita, manakala langit adalah sumber rahmat dan keberkatan.

Afirmasi-afirmasi berikut ini saya mudahkan untuk anda gunakan, telah saya sokong dengan energi yang kuat sehingga ia jadi lebih tajam dan kuat ketika anda ucapkan. Ucapkan dengan tenang dan perlahan di mulut, ayat demi ayat, dengan rileks dan santai, sambil senyum... Senyum, Rilek dan Pasrah sambil lakukan afirmasi-afirmasi ini. Anda boleh lakukan di mana pun, bila-bila pun.

1. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat semakin hari dalam semua keadaan, saya semakin baik dan semakin baik"

2. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin sihat dan kuat".

3. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya sentiasa menarik wang dari seluruh sumber di langit dan di bumi dalam semua keadaan dan di setiap tempat".

4. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya dan semua orang-orang yang saya sayangi sentiasa selamat sejahtera, gembira dan berbahagia".

5. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin cantik dan mempesona".

6. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari semakin berwibawa, disegani dan dihormati oleh semua orang".

7. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya sentiasa bertuah".

8."Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat rumah tangga saya sentiasa rukun dan damai".

9. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat rumah dan kenderaan saya sentiasa selamat sejahtera".

10. "Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya semakin hari terbimbing mendekati dan mencintai  Tuhan"


Anda boleh menggunakan kod afirmasi ini untuk apapun hajat anda.


"Saya sedang menyalurkan energi ilahi untuk membuat saya.............................................."

Pastikan niat anda yang baik-baik sahaja,kerana hukum alam itu sangat teliti. Anda pasti akan menuia apa yang anda tanam. Hal yang paling penting anda perlu ingat adalah, KONSISTEN/ISTIQAMAH dalam melakukan afirmasi-afirmasi anda kerana semakin anda melaukan afirmasi-afirmasi anda maka akan semakin kuat dan subur benih energi yang anda telah tanam di Ladang Quantum Alam Semesta.

Sedarilah... Bahawa ucapan-ucapan dari mulut anda mengandungi benih-benih energi yang sentiasa terlontar ke Ladang Quantum Alam Semesta yang akan tumbuh dan bakal anda tuai buahnya. Ucapkanlah yang baik-baik dan bermanfaat sahaja agar anda selalu beruntung setiap hari.

0 comentários: