Home Top Ad

HASIL Semua orang inginkan hasil terbaik dalam sebuah tindakan. " Anda berusaha - Hasilnya Serahkan kepada Yg Mahakuasa" Pada awal...

Hasil

HASIL

Semua orang inginkan hasil terbaik dalam sebuah tindakan.

" Anda berusaha - Hasilnya Serahkan kepada Yg Mahakuasa"

Pada awal kerjaya - Sebelum sy terlibat dalam Industri Perkilangan dan Motivator . Saya memulakan kerjaya saya sebagai seorang Bomoh ha ha ha .

Saya tidak memiliki apa apa sebagai pegangan masa depan saya. Saya ingin berubah dan memiliki kehidupan yg lebih baik dari saat itu.

Saya mulakan perniagaan menjual ubat herbal secara kecil2lan hinggalah sy memiliki sebuah kilang berkembang dan semakin berkembang, sehinggalah terlibat secara serius dalam negeri hingga ke luar negeri.

hampir kesemua perancangan yg sy rancangkan gagal. Lain yg di rancang lain pula jadinya . Sebagai Contoh: saya target pendapatan saya Rm 10k setiap bulan...Tapi berhasil Rm 1000 jer setiap bulan.

Sedangkan semua step dan teknik telah sy gunakan . sy tulis apa yg sy impikan, sy tampal rumah idaman saya , sy tampal wajah wanita idaman saya ..setiap hari sy berdoa bersungguh sunggu utk dapat hasil.

setiap pagi sy lakukan arfimasi , setiap hari sy semakin kaya dan berjaya . sebelum tidur sy solat hajat utk dapatkan banyak rezeki.

Apa doa utk kaya dan berjaya sy amalkan dan hapal. sehingga Ayat pelaris sy hafal...bahkan ada di kalangan pelajar sy memanggil ustad. saking banyaknya ayat yg sy amalkan.

Hidup saya 2x5 = 10... sehingga terpaksa kerja balik....tak berani nak buka perniagaan... sampai ada sahabat sy katakan ...Rumah engkau ini... macam kandang kerbau jer... cari lah rumah lain.

Saya cakap sy tak mampu sewa rumah yg beharga melebihi RM150.

Di Hp sy ada foto wang, sy letakan wang di dapur dan di setiap sudut rumah saya ada wang kecil2 ... untuk membiasakan otak saya melihat wang.
Kebesaran wang sudah merasuk fikiran saya .

Pagi pagi sy program otak sy harus jadi kaya demi keluaga saya dan orang orang yg saya sayang. Itulah yg sy lakukan selama bertahu tahun agar hidup saya berubah . Apalagi pada tahun 1998 Ekonomi jatuh ..sy pun jatuh stress.

Saya fikir ada yg salah dalam diri saya , mungkin rezeki tak berkat , mungkin banyak dosa. Sejak hari itu sy mula penat dan letih mengejar wang. Sy melepaskan ikatan saya kepada wang ... sy serahkan kepada Allah sahaja.

Sejak hari itu sy hanya fokus kerja kerja kerja tanpa fikirkan berapa yg bakal sy dapat . sy melepaskan kemelekatan saya terhadapa apa yg saya inginkan.

Bahkan ada sahabat sy mula menegur
" kau ini tak jadi kaya sebab kau tak fokus pada apa yg kau nak , kau tak fokus pada duit ...sebab itu otak kau tak bekerja untuk mencari duit "

ya sy mengaku sy tak fokus tentang duit...

.SAYA DAH PENAT MENGEJAR DUIT, SY PENAT MENGEJAR HUTANG , SY DAH PENAT MERANCANG DAN TAK JADI .....

Saya tertekan dengan semua ini .ini bukan kehidupan yg sy inginkan. sejak hari itu sy berkurung dalam bilik ... sy fokus kedalam diri saya . sy zikir dan belatih tenaga dalam dan malas nak kejar jadi kaya lagi sy dah kecewa.

Hampir setiap malam sy di temani oleh Adik Bongsu saya , kadang kadang anak saya . duduk di tepi sungai ... buat meditasi sampai pagi setiap malam . sampai org kata gila dan ajaran sesat he he he .

" Anda berusaha - Hasilnya Serahkan kepada Yg Mahakuasa"

Hasilnya 3 tahun selepas itu - Sy di paksa oleh seorang sahabat engkau boleh tak buat satu produk untuk koperasi ( Di rahsiakan ) .. ? sy jawab ringkas boleh jer .

Produk pertama saya reject dan di buang , dan sampai sekarang mereka tak mau bayar . produk tidak berkualiti dan produk cap ayam .

" Anda berusaha - Hasilnya Serahkan kepada Yg Mahakuasa"

Saya terus belajar buat produk dan akhirnya sy mendapat Untung bersih 3.4 Juta dalam masa 2 tahun kilang beroperasi di samping perniagaan lain.

" Anda berusaha - Hasilnya Serahkan kepada Yg Mahakuasa"

Kesilapan saya dalam Reprograming Minda sy tersalah , kerana sy yakin dengan hasil usaha saya , boleh jadi kaya . sy lupa dan tidak memahami kalimat

" Serahkan kepada yg Maha kuasa "

Saya tidak memahami intipati
"let go and let God "
Istilah yg paling mudah ...

"LUPAKAN"

.... kerana apa yg sy perolehi dalam hidup saya adalah pekara pekara yg telah

SAYA LUPAKAN
Hari ini saya ketawa sendiri kerana
"kecerdasan sy berfikir"

dan menafsirkan " penyerahan dengan cara yg salah "

Rupa rupanya Masa depan itu hanyalah sebuah "ILUSI" yang di ciptakan oleh minda saya . Masa depan itu tidak ada . YG ada Masa kini .

Mungkin anda berjaya mencapai impian anda dengan cara menciptakan "kemelekatan", sehingga tidur pun bermimpi menjadi kaya .

Tapi tidak bekesan kepada saya ...
Memberi makna tentang keikhlasan dan kepasrahan yg jelas

...dapat membantu saya mencapai apa yg membahagiaakan hidup saya .

hari ini sy mengamalkan kehidupan yg mengalir ... sy menggunakan

"emotional gide system"

se olah olah ada yg memberitahu kepada saya lakukan ini dan itu. Ada satu panggilan jiwa utk bangun solat, bangun makan , bangun buat itu , bangun buat ini...

Sambil mengalir air mata bahagia , baru saya sedar saya hanyalah

HAMBA ABDI kepada sesuatu yg membimbing saya .

Selama ini saya menggunakan " sesuatu itu " untuk mengikuti apa yg saya inginkan . sehingga hidup saya lebih jauh dari apa yg saya inginkan.

Hidup ini pilihan...sahabat anda ingin mengikuti
" kepala hotak anda sendiri " atau ingin mengikuti "panggilan jiwa" anda itu pilihan anda .

Tidak ada salah atau betul dalam tindakan anda.

Tapi menurut pengalaman saya, sy gagal mencapai apa yg saya Inginkan ..... Tapi saya berjaya mendapatkan
apa yg membuat saya dan keluaga saya bahagia.

Bak kata sahabat hati dan fikiran saya Umar Paranorms Cakra Jantung atau anahad cakra tidak bekerja dengan baik membuatkan kita kurang rasa cinta kepada apa yg kita lakukan. Anahad Cakra menghasilkan " suara tanpa rupa" atau suara hati.

Gunakan energy Cakra jantung untk memberi cinta kepada apa saja yg kita lakukan. Ia akan menghasilkan kebahagiaan yg tersendiri dalam kehidupan kita .

Maaf panjang sangat.

Buku di bawah ini boleh anda rujuk bagaimana membangunkan Vibration cinta , ikhlas dan pasrah agar apa yg berlaku kepada saya dan org2 yg senasib dengan saya .

Tidak berulang kepada anda.

Khususnya kepada anda yang tidak berkesempatan mengikuti klass QSQ saya atau Klass Aura master Umar Paranorms . Seingat saya Adi Nurrafie Sapieh, Umar Paranorms , Roy Fadzil Wiguna Indra antara Motivator yg menggunakan teknik seperti ini.

0 comentários: