*BIODATA RASULULLAH S.A.W*
🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_.
🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal_ bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah)
🖌 *Tempat lahir* : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
🖌 *Nama bapa* : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
🖌 *Nama ibu* : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
🖌 *Pengasuh pertama* : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
🖌 *Ibu susu pertama* : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
🖌 *Ibu susu kedua* : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).
:balloon: *USIA 5 TAHUN*
:heartbeat: _Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat_
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.
:balloon: *USIA 6 TAHUN*
:heartbeat: _Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia_ di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madina, baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
:balloon: *USIA 8 TAHUN*
:heartbeat: _Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia_.
Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
:balloon: *USIA 9 TAHUN* (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
:heartbeat:Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan.
:heartbeat:Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.
:balloon: *USIA 20 TAHUN*
:heartbeat:Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
:heartbeat:Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
:balloon: *USIA 25 TAHUN*
:heartbeat:Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
:heartbeat:Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
:heartbeat:Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
:heartbeat:Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
:balloon: *USIA 35 TAHUN*
:heartbeat:Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
:heartbeat:Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
:heartbeat:Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.
:balloon: *USIA 40 TAHUN*
:heartbeat:Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.
:balloon: *USIA 53 TAHUN*
:heartbeat:Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
:heartbeat:Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
:balloon: *USIA 63 TAHUN*
:heartbeat:Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.
*ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW*
:green_heart: Khadijah Binti Khuwailid.
:green_heart:Saudah Binti Zam'ah.
:green_heart:Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
:green_heart:Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
:green_heart:Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
:green_heart:Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
:green_heart:Zainab Binti Jahsy.
:green_heart: Maimunah Binti Harith.
:green_heart: Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
:green_heart: Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
*ANAK-ANAK RASULULLAH SAW*
1.:purple_heart: Qasim
2.:purple_heart:Abdullah
3.:purple_heart: Ibrahim
4. :purple_heart:Zainab
5.:purple_heart: Ruqaiyah
6.:purple_heart:Ummi Kalthum
7.:purple_heart:Fatimah Al-Zahra '
*ANAK TIRI RASULULLAH SAW*
:blue_heart:Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).
*SAUDARA SESUSU RASULULLAH
SAW*
*_IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN_*
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
*_SAUDARA SUSUAN_*
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza
*BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW*
( _ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB_)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.
*Sabda Rasulullah SAW:*
:revolving_hearts: _"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku_. _Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam_
_syurga"_ (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
اللهم صلى على سيدنا Ù…Øمد وعلى آله واصØابه وسلم
Nabi Muhammad SAW - Manusia agong
:dart: *KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH*
:heartbeat:Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua
muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran
apa yang disampaikan oleh Baginda.
_Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:_
:revolving_hearts: Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
:revolving_hearts:Aku melihat cahaya dari lidahnya.
:revolving_hearts: Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
:revolving_hearts: Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
:revolving_hearts:Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
:revolving_hearts: Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
:revolving_hearts: Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
:revolving_hearts: Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
:revolving_hearts: Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
:revolving_hearts: Wajahnya seperti bulan purnama.
:revolving_hearts: Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
:revolving_hearts:Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
:revolving_hearts: Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
:revolving_hearts: Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut.
:revolving_hearts:Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
:revolving_hearts:Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
:revolving_hearts: Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
:revolving_hearts:Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
:revolving_hearts:Janggutnya penuh dan tebal menawan.
:revolving_hearts:Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
:revolving_hearts: Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
:revolving_hearts:Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
:revolving_hearts:Rambutnya sedikit ikal.
:revolving_hearts: Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
:revolving_hearts: Rambutnya terbelah di tengah.
:revolving_hearts:Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
:revolving_hearts:Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
:revolving_hearts:Seimbang antara kedua bahunya.
:revolving_hearts:Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
:revolving_hearts:Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
:revolving_hearts:Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
:revolving_hearts: Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
:revolving_hearts:Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
:revolving_hearts:Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
:revolving_hearts:Warna putihnya lebih banyak.
:revolving_hearts:Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
:revolving_hearts:Warna kulitnya putih tapi sihat.
:revolving_hearts:Kulitnya putih lagi bercahaya.
:revolving_hearts: Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
:revolving_hearts: Badannya tidak gemuk.
:revolving_hearts:Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
:revolving_hearts: Perutnya tidak buncit.
:revolving_hearts: Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
:dart: *KESIMPULANNYA* :dart::
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-
mulia insan di dunia.
*Nota Kaki :*
_Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesedaran untuk_
_mencintai Allah dan RasulNya.
*BIODATA RASULULLAH S.A.W* 🖌 *Nama* : _Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalibs bin Hashim_. 🖌 *Tarikh lahir :* _Subuh hari Isnin, 12 Rab...
About author: Awe
Seorang Online Internet Marketer
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comentários: