Home Top Ad

Rumah salah seorang pesakit di Beufort mengalami gangguan aura negatif. Saya lebih suka kata aura negatif daripada mefokuskan kata hantu, ji...

Testimoni Wangian 7 aura

Rumah salah seorang pesakit di Beufort mengalami gangguan aura negatif.
Saya lebih suka kata aura negatif daripada mefokuskan kata hantu, jin, jembalang, toyol, jerangkung, parakang, pokpok, balanbalan, sihir, santet, teluh, guna-guna, santau dan segolongannya yang lain kerana semua di atas adalah sama iaitu 'aura negatif'.
Ok sambung..... Kehadiran aura negatif mungkin tidak dapat dilihat, tapi pasti boleh dirasakan. Ia memberikan rasa yang tidak selesa, tidak nyaman, dan rasa gelisah. Bagi baby, kehadiran aura negatif sering membuat mereka menangis tidak keruan. Penghuni pula selalu gaduh dan berselisih faham, dan rezeki pun panas.
Pesakit mendakwa sudah lama diselimuti peristiwa-peristiwa seram di rumah ini. Sengaja saya tidak cerita agar tidur anda tidak terganggu pada malam ini. Cukup anda tahu, ianya memang seram!
Jadi pada malam kemarin, menjelang tengah malam, ditemani hujan rintik-rintik, di rumah pesakit ini Master Syahiruddin Abd Rahman melakukan ritual Aura Cleansing menggunakan Wangian 7Aura Hitam yang saya design khas gelombang auranya dengan sifat 'pemusnah' aura-aura negatif sekaligus 'pelindung' dari aura-aura negatif.
1 botol dipalit keliling rumah mengikut arah lawan jam, yang berfungsi sebagai 'pemusnah' semua jenis aura negatif yang ada di seluruh kawasan dalam dan luar rumah. 1 botol lagi disimpan di pusat rumah, yang mana fungsinya sebagai 'pelindung' rumah dan seisinya daripada dihampiri lagi oleh sebarang aura negatif.
Aura pelindung rumah telah diset dalam bentuk sfera menyelimuti seluruh kawasan. Kebanyakan orang membuat pelindung berbentuk segi empat atau pentagon, heksagon dan oktagon. Menurut pengalaman versi saya, aura pelindung shape begini tidak sempurna kerana hanya cover keliling dan lupa cover atas dan bawah sehingga aura negatif yang dinamik masih sangat mudah masuk dari atas dan bawah.
Dari pengalaman, ketika ritual diadakan pada kawasan-kawasan yang aura negatifnya sangat kuat dan banyak, akan terdengar bunyi-bunyi aneh seperti letupan atau dentuman. Selepas sehari ritual Aura Cleansing pula akan muncul bau-bau busuk, atau bangkai-bangkai haiwan kecil seperti cicak, tikus, ular atau serangga.
Alhamdulillah... Sehari setelah ritual, rumah pesakit terasa jauh lebih selesa, tenang dan harmoni.
Anda boleh dapatkan Wangian 7Aura yang sudah saya isi dan dicas dengan gelombang aura frekuensi super tinggi berkali-kali. Cara penggunaan untuk tujuan-tujuan spesifik akan saya ajarkan. Boleh hubungi saya.
# AuraHealingArt
# Wangian7Aura

0 comentários: