Home Top Ad

Salam hormat penuh cinta buat semua sahabat yang menyertai Aura Money Healing Program ini. Ianya free, tiada bayaran apapa sebagai 1 dharma ...

AMH 1

Salam hormat penuh cinta buat semua sahabat yang menyertai Aura Money Healing Program ini. Ianya free, tiada bayaran apapa sebagai 1 dharma dari saya buat sesama makhluk Tuhan. Saya percaya semakin kita memberi semakin kita menerima.

Program ini terbuka untuk sesiapapun tanpa ada batasan agama dan keyakinan, bersempena fenomena " Moon on Libra" yang akan terjadi pada hari ini yang mana kemuncaknya pada jm 3.15 pm waktu Malaysia.

Namun sesi meditasi kita adalah pada jam 8.00 pm waktu Malaysia memandangkan dan kita masih berkesemapatan mengakses energinya.

Kita sama-sama bersyukur kepada Tuhan yang kita yakini masing2 atas anugerah fenomena alam yang luar biasa ini.

Seperti yang anda semua maklum, program ini adalah satu program metafzik sains yang berkaitan dengan dimensi energi yang tidak dapat dilihat dgn mata fizikal.

Fasa Moon on Libra ini akan memberikan efek peningkatan energy di bumi, yang menggandakan seluruh keadaan samada positif atau negatif, baik atau buruk. Ia juga sangat membantu proses materialisasi atau Law of Attraction kerana peningkatan frekuensi energi di bumi membuka batas penghalang antara dimensi ke 3 dan dimensi ke 4 di mana semua 'blue print' ciptaan berada.

Bagi anda yang pernah mengikuti kelas-kelas belajar aura yang saya adakan, atau pernah belajar di mana2, saya pasti anda faham dgn baik.

Bagi anda yang baru mengenal tentang ilmu energi, tidak mengapa. Tahniah kerana tetap ingin berusaha.

Baik... Jadi prosedur utk Aura Money Healing malam ini:

Tepat jam 8 waktu malaysia:

1. Dalam keadaan bersih dan wangi, dan perut kosong.
2. Duduk menghadap utara.
3. Kenang peristiwa yang dulu di mana anda mendapat wang paling banyak. Ingat suasananya, dan ingat perasaan gembira, syukur, bahagia dan bangga yang anda rasakan ketika itu.
4. Lalu berdoa, "Ya Allah/Tuhan, tingkatkanlah rasa syukur, gembira dan rasa bahagia ku 1000x ganda berbanding ketika aku menerima wang .....(sebutkan memori tadi)..... Dengan rahmatMu ya Allah/Tuhan, semakin lancar dan semakin deras wang datang mengalir kepadaku dari semua tangan manusia, dan dari semua sumber kekayaanMu yang ada di langit dan di bumi, dengan cara yang begitu mudah, segera dan harmoni setiap hari. Amin/Amen"
5. Lalu anda baring. Letak tangan di samping badan, buka tapak tangan menghadap ke atas.
6. Fokuskan semua perhatian anda HANYA untuk merasakan semua otot-otot anda rileks dan kendur sepanjang 1 jam tersebut.  Jika anda tertidur itu lebih baik.
7. Bagi anda yang telah belajar ilmu Acupineologi dgn saya, fokus isi medan tenaga Pektoral anda sepanjang 1 jam kerana medan energi ini yang mengawal aliran energi material anda, sambil berbaring dgn sangat santai dan rileks. Kalau dapat tidur lebih baik.

Ingatan:
Pada jam 8 pm tersebut, saya akan menghubungkan medan energi saya dgn anda semua dan melakukan peningkatan frekuensi energi khasnya Aura Money.

Sangat berkemungkinan anda akan merasa sensasi-sensasi energi samada halus atau ekstrim/kasar bergantung kepada medan aura anda masing.

Contohnya rasa sentakan elektrik di kulit, tapak tangan/kaki, perubahan suhu badan, ada rasa bergerak di dalam badan, perubahan emosi, dan lain-lain. SEMUA SENSASI YANG ANDA RASAKAN, BERGANTUNG KEPADA KEADAAN SISTEM ENERGI MASING-MASING. Tetap tenang dan rileks.


Tambahan:

Ambil kertas, tulis jumlah wang yang anda inginkan dalam format begini,

Contoh:

1. Saya perlukan wang rm 10k untuk beli perabot
2. Saya ingin wang rm 100k untuk beli rumah.
3. Dan seterusnya, sebanyak hajat yang anda mahu.

Jangan minta wang yang anda tidak tahu atau tidak plan mau guna untuk apa. Alam tidak terima.

Kemudian kertas itu simpan baik di alam laci, dompet atau di mana saja tempat yg selamat yg tiada orang kacau.

Ingatan:

Jika anda merasa sensasi energi sangat berat, senyumlah... Dan rilekskan badan anda. Semakin berat terasa semakin senyum. Kadang2 apabila blocking energi terlalu tebal, akan berlaku sedikit kegoncangan energi di badan.


Sekian,

Salam cinta dan hormat buat anda semua.

Semoga kekayaan Tuhan menyelimuti an
da sampai ke akhir dunia.

Ikhlas,

0 comentários: